Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Restoran makanan Melayu belanja AS$150,000 bagi buka cawangan di New York

Sep 23, 2022 | 05:30 AM



Dua perniagaan makanan dan minuman (F&B) Melayu/Islam Singapura – Ashes Burnnit dan Padi – kini menempa nama di Amerika Syarikat apabila mereka membuka cawangan antarabangsa pertama mereka di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square di New York kelmarin. Ruang yang diusahakan Makansutra dan syarikat Amerika, Urbanspace, itu menempatkan 18 gerai termasuk 11 gerai oleh perusahaan F&B dari Singapura. Ashes Burnnit dan Padi berkongsi antara detik persiapan dan dorongan mereka menebarkan sayap ke kota yang mendapat julukan ‘Big Apple’ itu.




SETELAH berbulan-bulan menantikan pembukaan gerai pertama mereka di luar Singapura, pemilik restoran Padi@Bussorah, yang terkenal dengan sajian nasi ambeng, akhirnya dapat tersenyum lebar apabila melihat penduduk kota New York menjamu hidangannya dengan berselera.



Malah, pada hari pertama mereka membuka pintu kepada orang ramai di sebuah ruang penjaja bernama Urban Hawker dekat Times Square di New York kelmarin, pemilik restoran Padi@Bussorah, Encik Hashim Ali, berkata pekerjanya cukup sibuk melayan pelanggan dan mengambil pesanan yang tidak henti-henti dari 11 pagi hingga 2 petang.



Tambahnya, kesemua hidangan yang disediakan bagi waktu makan tengah hari itu habis dijual dan mereka perlu memasak lagi bagi waktu makan malam.



Padi turut mengendalikan sebuah lagi gerai, Mamak's Corner, di ruang penjaja yang diusahakan Makansutra dan syarikat Amerika, Urbanspace, itu.



"Syukur alhamdulillah sambutan pada hari pertama sangat baik.



"Saya sangat terharu penduduk New York sangat teruja untuk mencuba makanan dari Padi dan Mamak.



"Setelah berbulan-bulan menanti pembukaan gerai kami, akhirnya (ini satu) penantian yang amat berbaloi, dengan prestasi yang menggalakkan," ujar beliau.



Encik Hashim berkata beliau bersyukur mendapat peluang keemasan ini untuk mengembangkan restoran Padi hingga ke Amerika.



Menurutnya, pengasas Makansutra, Encik KF Seetoh, telah menjamu selera di restoran Padi@Bussorah yang terletak di kawasan Kampong Glam itu sekitar lewat tahun lalu dan mengundang mereka menebar sayap ke New York.



Encik Hashim menganggarkan perbelanjaan sekitar AS$150,000 ($213,272) bagi sebuah gerai di Amerika sebagai permulaan.



Tambahnya, mereka juga telah memohon bagi geran Bantuan Persediaan Pasaran (MRA) Enterprise Singapore, yang bertujuan menyokong firma ke pasaran luar negara.



Namun, memandangkan proses kelulusan akan mengambil masa, mereka menggunakan modal mereka dahulu.



Meskipun Padi@Bussorah sudah dikenali orang ramai di Singapura, pemiliknya kini harus berusaha dari mula di Amerika antara lain untuk memperkenal jenama dan hidangan mereka kepada penduduk kota New York serta mencari pembekal di sana.



Sebelum memutuskan berkembang ke Amerika, Encik Hashim berkata mereka juga mempunyai beberapa pertimbangan termasuk tenaga kerja dan kewangan.



"Di Amerika pun ada isu kekurangan pekerja seperti di Singapura, tetapi kami berjaya mendapatkan beberapa pekerja tempatan yang akan bermula sebagai pekerja sambilan.



"Mereka akan disertai pekerja kami sendiri yang akan dihantar ke sana dari Singapura.



"Dari segi kewangan pula, harga sewa di New York dan gaji pekerja lebih tinggi berbanding di Singapura, jadi kami perlu membuat penyesuaian kepada harga makanan yang kami jual supaya seimbang dengan kos pekerja, sewa dan sebagainya," ujarnya yang menganggarkan sewa gerai mencecah AS$10,000, manakala bayaran penyenggaraan adalah sekitar AS$3,500 sebulan.



Langkah mereka berkembang ke New York juga ternyata telah membuka lebih banyak pintu rezeki buat mereka.



Menurut Encik Hashim, mereka teruja mendapat tawaran daripada Urbanspace untuk membuka sebuah lagi cawangan di Los Angeles, dengan cawangan tersebut dijangka dibuka tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >