Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS & KEMELESETAN

Restoran Nusantara, Permata, bakal dibuka di Gedung Kuning

Bangunan tawar empat tarikan: Restoran Permata, Amazing Chambers, kafe buku serta acara masyarakat dan perkahwinan
Apr 20, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT yang menyewa bangunan bersejarah Gedung Kuning, Singapore Chamber of Secrets Pte Ltd, telah mempelbagaikan perniagaannya untuk membuka sebuah restoran Nusantara, Permata.



Ini setelah perniagaan 'Escape Room', Amazing Chambers Singapura, yang menjadi penyalur pendapatan utama syarikat itu terjejas teruk akibat Covid-19.



Restoran Permata, yang akan ditempatkan di tingkat satu bangunan bersejarah di 73 Sultan Gate, akan menawarkan makanan ala bufet yang bakal dilancarkan Jumaat ini.



"Kita tidak dapat bergantung kepada pendapatan Amazing Chambers sahaja kerana Covid-19 menjejas perniagaan kami. Pelancong pun tidak ada. Sejak tujuh bulan lalu, kami merancang untuk mempelbagaikan perniagaan ini,'' kata pengurus besar (GM) Singapore Chamber of Secrets Pte Ltd, Encik Fajar Ali Mohd menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).



Amazing Chambers menawarkan permainan interaktif yang memerlukan ramai pemain bermain bagi mengenali sejarah Singapura.



Selain warga setempat, permainan itu juga menarik minat pelancong asing dan dinobatkan nombor satu bagi kategori keseronokan dan permainan di Singapura di Tripadvisor sebelum ditutup akibat tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu. Kini, ia berada di tangga kelima.



Menurut Encik Fajar, mereka mempunyai rancangan menjadikan bangunan bersejarah itu sebagai destinasi gaya hidup yang menawarkan empat tarikan, Permata; Amazing Chambers, kafe buku dan acara masyarakat dan perkahwinan.



Permata dan kafe buku terletak di tingkat satu bangunan itu, manakala 'Escape Room' akan ditempatkan di tingkat dua.



Cef eksekutif Firdauz Nasir dari Permata akan menawarkan 60 jenis makanan Nusantara seperti tempoyak ikan patin, ayam binjai, ulam, kerabu, nasi bunga telang serta hidangan yang diberi sentuhan moden seperti rendang daging lembu Wagyu.



Ia juga menawarkan kaunter-kaunter makanan laut, roti jala, mi, serta stesen memanggang bagi stik.



Mereka yang ingin menjamu selera harus membuat tempahan.



Sebelum syarikat itu mengambil-alih, bangunan bersejarah tersebut yang pernah menempatkan Restoran Mamanda dan Restoran Tepak Sireh.



Menurut Encik Fajar, syarikat itu telah menerima banyak permintaan untuk mengadakan majlis perkahwinan di tempat itu memandangkan tempat itu penuh dengan sejarah.



Bangunan itu juga dikenali sebagai Rumah Bendahara. Berdasarkan sejarah, Tengku Mahmud (anak ketiga Sultan Johor, Sultan Ali) mengubah nama Rumah Bendahara menjadi Gedung Kuning.



Sesuai dengan permintaan, Encik Fajar akur syarikat itu boleh menjadi hos acara-acara masyarakat dan perkahwinan dengan adanya restoran Permata.



Berdasarkan pematuhan langkah jarak selamat, restoran itu hanya boleh menempatkan sekitar 60 orang.



Selain Permata, syarikat itu juga mempunyai kafe buku yang diharap dapat menjadi tempat bagi pelancaran buku-buku oleh penulis Melayu, tambah Encik Fajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >