Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringgit diramal catat kadar kenaikan terbesar sejak 1998

Mar 30, 2016 | 11:57 AM
b530bbd3-89d7-4852-8ca3-157a29961612
-

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit Malaysia dijangka mencatatkan kadar kenaikan bulanan paling besar sejak krisis kewangan Asia sedang kenaikan harga minyak mencerahkan prospek satu-satunya negara pengeksport minyak itu di rantau ini.

Ringgit mendahului kenaikan kadar nilai mata wang negara Asia Tenggara, didorong oleh dana global yang kembali memasuki pasaran membangun.

Ini selepas Bank Simpanan Federal membayangkan pendekatan beransur-ansur dalam menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat.

Ringgit naik 0.6 peratus hari ini dan 5.8 peratus bulan ini kepada RM3.9715 bagi setiap dolar Amerika pada 9.35 pagi tadi, berdasarkan harga-harga dari bank setempat di Kuala Lumpur yang dikumpul Bloomberg.

Mata wang tersebut dijangka terus meningkat bulan ini sejak September 1998.

Para pelabur asing kembali melabur dalam aset-aset Malaysia selepas harga minyak mentah Brent menjunam sebanyak 35 peratus menyebabkan kemerosotan terbesar ringgit sejak 1997. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg