Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringgit jatuh ke paras paling rendah dalam 10 bulan

Nov 14, 2016 | 10:53 AM
Pelabur kekal berhati-hati mengenai langkah yang mungkin diambil Bank Negara Malayasia bagi mempertahankan ringgit.
Pelabur kekal berhati-hati mengenai langkah yang mungkin diambil Bank Negara Malayasia bagi mempertahankan ringgit. - GAMBAR REUTERS

RINGGIT Malaysia jatuh lebih 1 peratus hampir ke kadar paling rendah dalam 10 bulan pada Isnin (14 Nov), sedang kebanyakan harga bon kerajaan terus mengalami kerugian, sementara pelabur kekal berhati-hati mengenai langkah yang mungkin diambil Bank Negara Malayasia bagi mempertahankan mata wang itu.

Ringgit susut kepada 4.3250 bagi sedolar Amerika, paling lemah sejak 22 Jan, pada 0101 GMT (9.01 pagi waktu Singapura).

Berbanding dolar Singapura, ringgit juga diniagakan pada paras terendah 10 bulan, turun 0.46 peratus ke kadar 3.0619. Ringgit melintasi kadar 3.06 pada Januari, apabila ia ditutup pada 3.0686 pada 12 Jan.

Bank Negara pada Sabtu berkata ia telah mengambil langkah-langkah untuk menguatkuasakan peraturan sedia ada yang dietapkan untuk melarang ringgit diperdagang di luar pesisir dengan mudah. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg