Ringgit Malaysia jatuh ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 dengan mata wang itu tertekan dengan kenaikan dolar Amerika Syarikat dan perbezaan kadar yang semakin meluas dengan Amerika.
Mata wang itu turun sebanyak 0.3 peratus pada 4.7607 bagi setiap dolar Amerika, paling lemah sejak 1998.
Ia adalah prestasi paling buruk di Asia pada 2023 selepas mata wang yen, setelah jatuh lebih 8 peratus berbanding dolar Amerika.
Berbanding dolar Singapura, ringgit tidak banyak berubah, didagangkan pada 3.4679 berbanding 1 dolar Singapura.
Pada 2023, ringgit susut lebih 5 peratus berbanding dolar Singapura.
Kerugian terkini berlaku selepas dolar Amerika meningkat berikutan permintaan pelaburan dijangka kekal atau meningkat di tengah-tengah kebimbangan berhubung perang Israel-Palestin.
Ringgit juga susut apabila hasil Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat 10 tahun melonjak pada 4.91 peratus, tertinggi sejak Julai 2007, sekali gus menunjukkan bahawa premium inflasi sedang meningkat.
Malaysia juga mencatatkan penurunan eksport enam bulan berturut-turut hingga Ogos, sebahagiannya disebabkan oleh kelembapan di China, rakan kongsi perdagangan terbesarnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg