Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Robot bantu bersihkan Masjid Sultan

Sep 24, 2020 | 05:30 AM



JIKA anda berada di Masjid Sultan, usah terkejut jika ternampak robot yang sedang melakukan kerja pembersihan.



Baru-baru ini, masjid tersebut telah mengerahkan tenaga sebuah robot pembersih automatik untuk membantu memastikan kebersihan di kawasan ruang solat masjid.



Dikenali sebagai Ecobot Sweep 40, vakum robot yang diperolehi oleh syarikat pembersihan tempatan, Bestway Cleaning Services, itu dikhususkan untuk membersihkan kawasan lantai berpermaidani.



Ia juga merupakan robot yang pertama seumpamanya digunakan di Singapura dan Masjid Sultan adalah institusi pertama yang memanfaatkan teknologi ini.



Meskipun merupakan antara masjid tertua di sini dengan usia melebihi 190 tahun, Masjid Sultan sering mencari peluang dalam mendakap teknologi baru.



"Apabila kami mendengar tentang kelebihan robot ini, kami melihatnya sebagai peluang untuk memanfaatkannya dan memperbaiki proses kerja-kerja pembersihan kami.



"Dengan adanya robot ini, masa yang diambil untuk menjalankan kerja pembersihan di kawasan ruang solat dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus dan kini hanya mengambil masa sejam," kata Pengerusi Masjid Sultan, Encik Mohamed Salleh Patail, yang menjelaskan kerja kebersihan ruang iktikaf akan dilakukan di sebelah pagi sebelum solat zuhur.



Syarikat Bestway Cleaning Services telah memanfaatkan skim bantuan pemerintah Geran Huraian Produktiviti (PSG) sebanyak 50 peratus untuk mendapatkan robot yang bernilai $48,000 dengan bantuan Pusat Syarikat Kecil dan Sederhana (SME) di bawah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Pada April lalu, pemerintah mengumumkan syarikat yang memohon bagi geran PSG bagi khidmat sekitaran peralatan akan menerima sokongan yang dipertingkat sehingga 80 peratus kos kelayakan bagi peralatan, dibataskan sehingga $350,000 bagi setiap syarikat.



Mengulas tentang skim bantuan itu, pengurus besar Bestway Cleaning Services, Encik Raymond Leong, berkata:



"Dengan adanya bantuan ini, syarikat SME seperti kami dapat memanfaatkannya dan sekali gus membantu mendapatkan teknologi yang dapat diletak dan digunakan di tempat-tempat seperti Masjid Sultan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >