Terceruk di 21 Bussorah Street dengan jarak beberapa minit berjalan kaki dari Masjid Sultan, gerai teh tarik Bhai Sarbat tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan selama berdekad.

Ia menarik bukan sahaja warga Singapura yang kerap ke kawasan Kampong Gelam, malah pelancong yang bersiar-siar di sana.