Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Rumah kedai S’pura kini jadi buruan pembeli hartanah

Oct 16, 2023 | 04:29 PM



Hampir sedekad lalu, Encik Sebestian Soh mendapat idea untuk membeli sebuah rumah kedai dua atau tiga tingkat yang sememangnya merupakan bangunan Singapura yang unik.

Pada pandangannya, rumah kedai mempunyai “keajaiban” tersendiri.

Beliau yang pulang ke Singapura baru-baru ini selepas melanjutkan pengajian di universiti di London, berkata: “Semuanya baru di Singapura kecuali rumah kedai, jadi ia adalah satu karya seni.”

Disebabkan beliau akan melabur wang keluarganya, beliau memerlukan kebenaran bapanya, seorang pemaju hartanah berpengalaman.

Pada mulanya, bapanya tidak yakin dengan keputusannya. Encik Soh, kini berusia 34 tahun, mempelajari pasaran selama empat tahun dan akhirnya bapanya membenarkan beliau membelinya pada 2018.

Sejak itu, Encik Soh telah membeli 23 rumah kedai secara berturut-turut dengan menggunakan harta keluarganya, lapor The Business Times.


Pembelian pertamanya kini bernilai lebih dua kali ganda berbanding harga pembelian.

Terdapat hanya sekitar 6,500 rumah kedai bersejarah di Singapura yang diberi status pemuliharaan.

Dibina semasa era penjajahan dari tahun 1840-an hingga 1960-an, rumah kedai yang dibina lebih awal digunakan oleh para peniaga dan keluarga mereka – sebagai kedai di tingkat bawah dan tempat tinggal di tingkat atas.

Apabila gelombang pendatang tiba di Singapura, rumah kedai menjadi kediaman sempit dengan penghuni yang berkongsi ruang.

Namun, deretan rumah kedai itu dengan rekaan arka tersendiri kini tidak lagi dianggap sebagai satu peninggalan bandar dari zaman silam, tetapi simbol kehidupan bandar yang canggih yang bernilai tinggi.

Dengan wajah bangunan berwarna-warni, kerja plaster dengan hiasan indah dan laluan pejalan kaki berbumbung, rumah kedai kini dicari dan mempunyai permintaan daripada restoran hipster, bar dan hotel butik, yang menjalankan perniagaan rancak selepas pandemik sedang pelancongan kembali ke Singapura.

Harga rumah kedai telah melonjak kepada $5,500 setiap kaki persegi. Jualan rumah kedai melonjak 44 peratus, kepada $415 juta, pada suku kedua berbanding suku sebelumnya, menurut firma hartanah, Knight Frank.

Pengarah eksekutif pasaran modal di Knight Frank Singapore, Cik Mary Sai, mengunjurkan jualan mencecah sebanyak $1.5 bilion pada 2023.

Dalam transaksi jual-beli terbesar tahun ini, seorang pelabur China telah membayar $80 juta untuk deretan enam rumah kedai di Boat Quay. Satu lagi unit yang menghadap sungai di kawasan itu dijual pada harga $30 juta pada Mei.

Bahkan, rumah-rumah kedai di kejiranan Joo Chiat juga telah berubah wajah dan kini menjadi antara kawasan paling meriah di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >