Sabun wajah organik hasil firma setempat dikilang di seberang Tambak
Premium
Sabun wajah organik hasil firma setempat dikilang di seberang Tambak
Nov 15, 2016 | 5:30 AM
TEMBUSI PASARAN EKSPORT: (Dari kiri) Cik Masturah dengan rakan niaganya, Cik Nurlela, menunjukkan produk sabun yang dihasilkan mereka, sambil diperhatikan Cik Aida. - Foto KHALID BABA -
SEBUAH firma kecantikan dan aksesori tempatan milik Cik Masturah Saadon telah berusaha sama dengan seorang usahawan dari Malaysia bagi mengilangkan sabun wajah yang akan dijual bagi pasaran eksport.
Pemilik firma Chantique EBoutique (yang diubah jenamanya kepada Masturah Saadon) telah berusaha sama dengan firma Thara Resources milik Cik Norlela Nasir, seorang usahawan yang mempunyai beberapa perniagaan seperti kosmetik dan tudung di Malaysia.

