Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sahut cabaran kerja di barisan depan...

Mar 11, 2021 | 5:30 AM
Cik Nur Asyiqin Yohannes. - Foto SGH
Cik Nur Asyiqin Yohannes. - Foto SGH -

MESKIPUN sebahagian pelajar yang menamatkan pengajian mereka tahun lalu menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan sepenuh masa, lain pula keadaannya dengan Cik Nur Asyiqin Yohannes, 24 tahun.

Graduan jurusan Radiografi Diagnostik dari Institusi Teknologi Singapura (SIT) itu bukan sahaja ditawarkan pekerjaan sepenuh masa selepas menjalani temuduga di Hospital Besar Singapura, malah memulakan tugas sebagai ahli radiografi di hospital itu sejak Jun tahun lalu apabila bilangan jangkitan Covid-19 di sini masih tinggi.

Menurut satu tinjauan pekerjaan awal yang dijalankan SIT, 97 peratus daripada 211 pelajar yang melengkapkan program Kesihatan Bersekutu seperti Radiografi Diagnostik telah mendapatkan pekerjaan sepenuh masa dan sedang menyumbang tenaga di dalam sektor kesihatan.

Sewaktu memulakan pekerjaannya, Cik Asyiqin dihantar untuk bekerja di jabatan kecemasan SGH.

"Pesakit yang datang ke jabatan kecemasan dianggap sebagai berkemungkinan mempunyai virus Covid-19, maka pihak hospital mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih ketat.

"Dan kerana saya mula bekerja semasa jumlah kes Covid-19 sedang tinggi ketika itu, saya perlu bekerja selama 12 jam untuk syif pagi dan malam, dengan dua hari rehat," katanya.

Namun, beliau cekalkan semangat dan menyahut segala cabaran itu kerana sebagai pekerja di barisan hadapan dalam usaha negara menangani Covid-19, beliau perlu bersikap terbuka kerana diamanahkan menjaga pesakit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg