Topik diikuti
Pergi ke BHkuSebab PME sektor kewangan, ICT dan khidmat profesional lebih terdedah pada risiko
Aug 28, 2020 | 5:30 AM
Sebab PME sektor kewangan, ICT dan khidmat profesional lebih terdedah pada risiko
GOLONGAN karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) yang berusia dalam sektor kewangan, teknologi infokom (ICT) dan khidmat profesional lebih terdedah kepada risiko kerana kebanyakan syarikat 'beroperasi di berbilang bidang kuasa' dan memerlukan kemahiran khusus.
Justeru, lebih banyak usaha akan dilakukan untuk meneliti keperluan tenaga kerja bagi syarikat sedemikian agar PME setempat dapat mengisi jawatan yang bersesuaian dalam sektor berkenaan, kata penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Patrick Tay.