Premium
Sebar kolagen ke Australia
Dalam ekonomi yang mencabar, beberapa syarikat kecil dan sederhana (SME) aktif menebarkan sayap di luar negara. Mereka menyahut cabaran supaya mempelbagaikan pendapatan mereka daripada hanya bergantung kepada pasaran Singapura yang kecil. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) melaporkan.
May 7, 2016 | 5:30 AM
TEMBUSI NEGERI KANGGARU: Cik Sazrina (kiri) bersama adiknya, Cik Norfaezah, turut menjual produknya di Melbourne. - Foto GMK SINGAPORE -
DI sebalik kelembapan ekonomi, syarikat pengeluar makanan tambahan GMK Singapore telah meluaskan niaga ke Australia.
Setakat ini, syarikat itu sudah mempunyai beberapa pengedar di Melbourne dan bercadang meluaskan perniagaan itu ke bandar lain di Australia.

