Topik diikuti
Pergi ke BHkuSedia khidmat guaman bagi anggota DPPMS
Apr 11, 2021 | 5:30 AM
Sedia khidmat guaman bagi anggota DPPMS
APABILA Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, mengundang rakan kongsi firma guaman Reed Smith, Cik Kohe Hasan, menyertai Dewan dua tahun lalu, beliau tidak teragak-agak menyumbang masa dan tenaga bagi badan niaga itu.
Dengan kemahiran yang ada sebagai seorang peguam, beliau ingin menyumbang khidmatnya kembali kepada masyarakat sebagai anggota lembaga pengarah.