Sediakan wadah digital bagi peniaga kecil antara inisiatif pelan transformasi sektor kewangan S'pura
Premium
Sediakan wadah digital bagi peniaga kecil antara inisiatif pelan transformasi sektor kewangan S'pura
Sep 16, 2022 | 5:30 AM
MENUBUHKAN sebuah wadah digital untuk perniagaan kecil dan meletakkan negara sebagai hab serantau untuk kedermawanan adalah beberapa inisiatif baru dalam pelan transformasi sektor kewangan Singapura yang dikemas kini.
Dipimpin oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), rancangan itu akan memastikan sektor kewangan berkembang pada kadar tahunan purata 4 hingga 5 peratus dari 2021 hingga 2025 dan mewujudkan 3,000 hingga 4,000 pekerjaan bersih secara purata setiap tahun.

