Sekitar 10,000 penjaja di sini tawar kaedah e-bayar: Iswaran
Premium
Sekitar 10,000 penjaja di sini tawar kaedah e-bayar: Iswaran
Feb 20, 2021 | 5:30 AM
ENCIK ISWARAN: Lebih 1.2 juta urus niaga pembayaran elektronik bernilai lebih $14 juta telah dilaksanakan bulan lalu. -
LEBIH separuh penjaja di Singapura, atau sekitar 10,000 penjaja, kini menawarkan kaedah pembayaran elektronik kepada pelanggan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S Iswaran, semalam.
Sedang lebih ramai menggunakan kaedah pembayaran itu, penyedia perkhidmatan pembayaran Nets juga kini memperkenalkan ciri-ciri baru untuk mencegah penipuan dalam wadah itu.


