Topic followed successfully
Go to BHkuSektor maritim sambung sumber rezeki
Premium
Sektor maritim sambung sumber rezeki
Bekas ketua jurutera tukar kerja, rela terima gaji lebih rendah lepas firma lama pindah ke negara lain
Sep 27, 2014 | 5:30 AM
Sektor maritim sambung sumber rezeki
PAMERAN KERJAYA MARITIM: Dr Faishal (kiri) beramah mesra dengan Encik Shamsuri dan mendengarkan pengalaman beliau menukar laluan kerjaya. - Foto MPA -
APABILA syarikat yang menjadi tempatnya mencari rezeki selama 13 tahun disusun semula dan berpindah ke negara lain, Encik Shamsuri Badrin sedar bahawa beliau perlu mencari pekerjaan baru sekiranya beliau mahu terus kekal bekerja di Singapura.
Lantaran itu Encik Shamsuri, 42 tahun, memutuskan memikul cabaran baru - menukar kerjaya dalam industri pengguna elektronik kepada industri maritim.

