DENGAN tiga daripada empat tukang paip di Singapura akan bersara dalam tempoh sedekad seterusnya, penting untuk sektor khidmat tukang paip menjalani transformasi bagi menaikkan tarafnya agar dapat menarik bakat baru, kata pemilik Aimflow Pte Ltd, Encik Roslan Tamin.
Beliau, 54 tahun, mengalu-alukan pengumuman rancangan perubahan operasi dan teknologi selama 10 tahun bagi industri itu untuk mempersiapkan syarikat khidmat tukang paip dalam ekonomi baru yang dilakarkan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg