Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sekumpulan syarikat S'pura sertai ekspo halal UK

Kesempatan pamer produk, teroka peluang pasaran UK; kumpulan dipimpin pegawai yang dilantik DPPMS
Dec 06, 2022 | 05:30 AM



SEKUMPULAN 11 syarikat Singapura telah menyertai acara Halal Expo London 2022 baru-baru ini untuk mempamerkan produk mereka dan meneroka peluang menembusi pasaran halal di United Kingdom (UK).



Kumpulan itu diketuai Eksekutif Kediaman atau Executive-In-Residence (EIR) bagi sektor halal, Encik Ronnie Faizal Tan, yang dilantik Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) pada Julai lalu.



Antara syarikat yang menyertai acara itu termasuk Pondok Abang, Dendeng House International, Horaya, Thahirah Kazura, Adamz Xtreme dan Papa Bakerz.



"Terdapat peluang besar di sini bagi syarikat pengeluar meraih manfaat daripada pasaran 9.5 juta orang Islam yang tinggal di UK," kata Encik Faizal.



Menurut beliau, sekitar 25 peratus peserta acara perdagangan halal itu merupakan syarikat makanan halal, manakala sebahagian besar bakinya merupakan penyedia perkhidmatan seperti aplikasi Islam, badan pensijilan, serta pembiayaan dan pendidikan Islam.



Encik Faizal menambah bahawa terdapat sekitar 130 pempamer dalam acara perdagangan halal pertama di London itu.



Syarikat Singapura yang mengambil bahagian dalam acara itu menawarkan produk seperti makanan yang siap dimakan atau dimasak, bahan-bahan membuat roti dan kek, daging beku atau diproses, makanan laut, madu dan produk penjagaan peribadi.



Encik Faizal berkata respons pelanggan terhadap produk yang ditawarkan syarikat Singapura adalah menggalakkan.



"Kebanyakan yang mengunjungi acara itu adalah Muslim dari Pakistan, India, Bangladesh, Malaysia dan warga tempatan Britain.



"Ramai daripada mereka suka dengan makanan Singapura dan ia mesti cukup pedas.



"Mereka ingin mendapatkan daging halal diproses premium seperti ham, daging perap dan makanan sedia dimakan," kata beliau.



Menurut laman Halal Expo London 2022, acara perdagangan selama dua hari dari 2 hingga 3 Disember lalu itu bertujuan menawarkan peluang bagi syarikat mengembangkan demografi sasaran perniagaan mereka dalam pasaran halal bernilai $3 trilion yang pelbagai dan belum diterokai di seluruh dunia.



Acara itu turut menampilkan Persidangan Ekonomi Halal dan Pertunjukan Fesyen Sopan London.



Persidangan itu disertai penceramah industri antarabangsa dan pemimpin yang berkongsi pandangan pakar tentang inovasi terkini dalam pasaran halal.



Encik Faizal berkata semasa perkongsiannya, beliau telah mengundang syarikat pengeluar setempat di sana untuk memanfaatkan peluang pasaran halal yang sedia ada di Singapura.



"Mereka boleh membekalkan secara langsung kepada pengedar atau mendapatkan pengilang setempat untuk menghasilkan produk mereka di sini.



"Saya juga berkongsi tentang syarikat Singapura yang ingin menembusi pasaran UK dan sedang mencari pengedar atau rakan pengilang peralatan asal (OEM) untuk menghasilkan produk mereka, yang akan mengurangkan kos logistik eksport atau cukai barangan untuk kekal berdaya saing dalam kedai runcit.



"Di bawah EIR di DPPMS, saya akan terus memberikan keutamaan untuk mengembangkan pasaran buat pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan saya," kata beliau.



Encik Azhar Sulaiman, pemilik Dendeng House International, berkata respons pengunjung di ekspo itu adalah menggalakkan, dengan mereka menikmati rasa dendeng Singapura yang unik.



"Pada mulanya mereka fikir dendeng yang disajikan itu keras dan kering seperti daging jerky.



"Namun, mereka terkejut sebaik merasa dendeng itu yang lembut dan berperisa," katanya, sambil menambah beliau sedang bekerjasama dengan beberapa syarikat untuk meneroka peluang membawa masuk dendeng ke UK.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >