Premium
Sentiasa sedia pulihkan bekalan elektrik yang terputus
Ada yang mungkin tidak tahu kerja-kerja di sebalik mereka yang bertugas di Grid Kuasa tempatan. Mereka merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan rumah kita sentiasa mempunyai bekalan elektrik untuk melakukan urusan seharian serta memastikan jalan raya setempat terus menyinarkan lampu pada waktu malam. Sempena menyambut Hari Buruh Sabtu lalu, BERITA HARIAN menyelami tugas dua pegawai teknikal grid kuasa elektrik setempat serta mengambil tahu pengorbanan mereka apabila dikerah mengendalikan kecemasan secara tiba-tiba seperti terjadinya gangguan bekalan elektrik kepada kejiranan setempat.
May 5, 2021 | 5:30 AM
RAMAI mungkin yang tidak tahu, betapa 'seramnya' pengalaman dipanggil secara tiba-tiba untuk menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di grid kuasa nasional.
Pegawai Teknikal Encik Muhammad Firdaus Salim, berkata apabila kejadian seperti itu berlaku, beliau sebagai responder pertama keadaan kecemasan itu perlu melaksanakan pelbagai tugas perancangan dalam masa yang pendek agar ia dapat diselesaikan dengan selamat dan dengan secepat mungkin.


