Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sesuaikan strategi pelaburan ikut fasa kehidupan

Feb 18, 2024 | 05:30 AM



Tahun Baru adalah peluang untuk melakukan perkara yang betul. Dalam tempoh ini, ramai di antara kita suka menetapkan matlamat baru, atau meneliti semula matlamat lama, dan menentukan cara menanganinya.

Ia juga masa yang baik untuk memikirkan matlamat kewangan dan menyemak pelaburan kita.

Dalam proses itu, pelabur sering beralih kepada pengulas pasaran untuk mengetahui arah pasaran. Tetapi apabila menyentuh ramalan saham tahun ini, atau mana-mana tahun, mereka merumuskan dengan perkataan: tidak bernilai.

Kita tidak dapat meramalkan masa depan, dan kita juga tidak mungkin dapat membetulkan arah tuju pasaran. Ramalan adalah serupa dengan melihat ‘bola kristal’ – terutama apabila kita mempertimbangkan peristiwa utama yang pengulas pasaran terlepas pandang.

Jadi, apa yang perlu pelabur lakukan?

Purata kos dolar atau DCA ialah amalan melabur sejumlah dolar secara tetap, tanpa mengira harga saham. Ini adalah cara yang baik untuk membangunkan tabiat pelaburan berdisiplin, lebih cekap melabur dan berpotensi menurunkan tahap tekanan serta kos anda.

Ramai pelabur terbawa-bawa dengan kebimbangan berlakunya kemelesetan dan turun naik pasaran menjelang Tahun Baru. Tetapi ini adalah peluang DCA yang tepat daripada tidak melabur langsung. Ini terutamanya kerana kita tahu pelaburan dalam jangka panjang memberi kita peluang meraih kejayaan paling besar.

Pelaburan peringkat hayat

Anda juga harus meluaskan penilaian kewangan anda kepada matlamat jangka panjang jika anda komited untuk melabur secara tetap. Keperluan kewangan, keutamaan dan matlamat kita cenderung berubah apabila kita bergerak melalui fasa yang berbeza dalam kehidupan kita.

Oleh itu, pelaburan peringkat hayat melibatkan penyesuaian strategi pelaburan bagi setiap peringkat kehidupan anda. Secara kasar, kita boleh membahagikan kehidupan kita kepada empat peringkat.

Peringkat pertama atau fasa awal kerjaya


Dalam usia 20-an dan awal 30-an, kebanyakan kita tidak mempunyai modal kewangan yang banyak kerana kita baru saja mula menerima gaji daripada pekerjaan kita. Ini merupakan masa yang sesuai untuk memikirkan pelaburan jangka panjang.

Anda boleh memanfaatkan kuasa faedah berkompaun dengan lebih baik pada peringkat kehidupan anda ini.

Anda juga boleh bertolak ansur dengan pelaburan berisiko yang dalam jangka panjang berkemungkinan besar menjana pulangan lebih tinggi selepas mengharungi pasang surut pasaran.

Anda perlu mempunyai portfolio pelaburan yang berasingan untuk matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Perbezaannya terletak pada profil risiko dan tempoh pelaburan yang menjana peruntukan aset.

Jika anda berhasrat membuat bayaran pendahuluan untuk rumah pertama anda dalam masa terdekat, portfolio tersebut sepatutnya mempunyai kewajaran yang lebih tinggi dalam aset yang lebih selamat seperti bon dan dana pasaran wang.

Bagi matlamat jangka panjang seperti persaraan, portfolio boleh mempunyai 70-90 peratus peruntukan ke dalam ekuiti, bergantung pada toleransi risiko anda.

Pelaburan peringkat kedua

Anda kini berada di peringkat pertengahan kerjaya. Anda biasanya mencapai kemuncak pendapatan pada usia 40-an dan 50-an, dengan gaji yang lebih besar dan kemungkinan keperluan dan matlamat kewangan yang lebih kompleks daripada sebelumnya.

Pelabur pertengahan kerjaya sebagai ‘generasi sandwic’ sering menyesuaikan permintaan kewangan bagi anak-anak dan ibu bapa mereka yang semakin tua. Ini mungkin termasuk kos pendidikan tinggi anak-anak dan penjagaan kesihatan ibu bapa, di samping simpanan persaraan mereka sendiri.

Memastikan anda dan tanggungan anda mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi adalah salah satu pertimbangan penting pada peringkat kehidupan ini.

Adalah bijak dapat mengetepikan dan mengembangkan dana kecemasan untuk senario seperti kehilangan pekerjaan dan risiko penyakit. Berhati-hati juga supaya anda tidak membiarkan gaya hidup mewah menghakis simpanan anda.

Portfolio anda pada peringkat ini masih harus melibatkan aset berisiko tinggi dengan potensi pulangan yang lebih besar kerana anda masih mempunyai beberapa dekad lagi untuk menggunakan portfolio anda.

Anda juga mungkin ingin mula mengambil lebih banyak pelaburan berisiko rendah apabila anda berumur 50-an tahun. Ini mungkin melibatkan pengurangan bahagian saham dalam portfolio sambil meningkatkan sedikit peruntukan kepada bon berkualiti tinggi dan dana berisiko sederhana hingga rendah, sebagai contoh.

Pelaburan peringkat ketiga dan empat

Anda sudah boleh mula buat persediaan untuk bersara. Lihat dengan lebih dekat daya maju portfolio dan pelan persaraan anda, termasuk strategi elak longgokkan.

Atur semula jika perlu. Pilihan yang mungkin boleh dipertimbangkan termasuk menambah akaun pada Tabung Simpanan Pekerja (CPF), menyalurkan lebih banyak pendapatan anda kepada simpanan atau menangguhkan persaraan beberapa tahun lagi.

Mengalihkan peruntukan ke arah aset berisiko rendah seperti dana bon jangka pendek dan jangka pertengahan yang berkualiti tinggi boleh melindungi nilai portfolio anda walaupun ia mungkin tidak memberi anda pulangan yang kukuh.

Kemudian, berbelanja dengan bijak dan keluarkan simpanan pada kadar yang membolehkan anda menikmati tahun emas anda dan juga memastikan jangka hayat portfolio anda.

Jadi, lihat semula pelaburan anda semasa menuju ke tahun 2024 demi mengukuhkan kewangan bagi memenuhi matlamat pelaburan anda sepanjang dekad ini.

​Nota: Penulis ialah Pengarah Penyelidikan Pelaburan, Endowus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >