LADANG suria pertama Singapura yang mempunyai sistem penuaian air hujan bersepadu di Tuas dirasmikan oleh Sembcorp semalam.

Terletak di atas kawasan lapang sementara seluas hampir 10 hektar, kemudahan itu dapat mengumpul hingga 170,000 meter kubik air hujan setahun - cukup untuk mengisi 68 kolam renang bersaiz Olimpik.