Premium
Sheikh Haikel kembang rangkaian restoran FatPapas
Lima cawangan termasuk satu di Kuala Lumpur telah dibuka dalam tempoh setahun
Jun 26, 2018 | 5:30 AM
CAWANGAN TERBARU: Sheikh Haikel di cawangan terbaru restoran FatPapas Burgers and Shakes di Century Square. - Foto BH oleh IQBAL FAIZAL -
PENYANYI rap Singapura yang mengakui "amat suka mengenyangkan perut orang", Sheikh Haikel, mengambil masa yang lama bagi memulakan restoran makan barat pertamanya, FatPapas Burgers and Shakes.
Namun, sebaik beliau selesa menggerakkan gear pertama, Haikel, 42 tahun terus meluncur laju mengembangkan perniagaannya sehingga mampu membuka lima cawangan restoran termasuk satu di Kuala Lumpur dalam tempoh setahun.

