PENUMPANG khidmat penerbangan Singapore Airlines (SIA) kini mempunyai lebih banyak pilihan bagi menikmati perjalanan bebas kuarantin mulai tahun depan dengan penerbangan tambahan Laluan Perjalanan Orang Yang Sudah Divaksin (VTL) ditawarkan mulai 17 Januari.
Pada Jumaat (19 November), SIA berkata ia akan mengendalikan penerbangan dari Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, Frankfurt, London, Milan, Munich, New York, Paris, Rome, Seattle dan Vancouver.
Mulai 19 Januari, SIA akan memperkenal penerbangan dari Houston dan Manchester juga. Awal sebelum ini, SIA telah mengumumkan penerbangan VTL dari Kuala Lumpur yang akan bermula dari 29 November.
Menjelang 6 Disember, Singapura akan mempunyai urusan bagi VTL dengan sejumlah 21 negara.
Menteri Pengangkutan S. Iswaran telah mengumumkan pada Isnin bahawa pengunjung dari Indonesia dan kemungkinan India akan juga dapat memasuki negara ini di bawah skim perjalanan bebas kuarantin mulai 29 November.
Sebagai tambahan, pengunjung dari Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) akan dapat memasuki Singapura mulai 6 Disember dalam satu peluasan lanjutan skim VTL.