Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA Engineering bakal selenggara pesawat di lapangan terbang baru Phnom Penh

May 30, 2023 | 4:22 PM
KEMBANG KHIDMAT: SIA Engineering Company akan memegang 51 peratus saham dalam syarikat usaha samanya bersama Cambodia Airport Investment Company bagi penyenggaraan pesawat di lapangan terbang baru Phnom Penh.
KEMBANG KHIDMAT: SIA Engineering Company akan memegang 51 peratus saham dalam syarikat usaha samanya bersama Cambodia Airport Investment Company bagi penyenggaraan pesawat di lapangan terbang baru Phnom Penh. - Foto ST

SIA Engineering Company (SIAEC) mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan menubuhkan sebuah usaha sama (JV) dengan Cambodia Airport Investment Company (CAIC) bagi perkhidmatan penyelenggaraan pesawat di lapangan terbang baru di Phnom Penh, Kemboja.

SIAEC akan memegang 51 peratus saham dalam JV, sementara CAIC akan memegang 49 peratus.

JV itu dijangka mula beroperasi pada 2025 dan akan menyediakan khidmat penyelenggaraan pesawat di Lapangan Terbang Techo Takhmao (TIA) di Phnom Penh, yang sedang dalam pembinaan.

Lapangan terbang itu akan siap dibina pada 2025 dan ia direka untuk menampung sehingga 50 juta penumpang setahun. Ia akan menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh yang sedia ada sebagai lapangan terbang utama ibu kota itu.

Ketua Pegawai Eksekutif SIAEC, Encik Ng Chin Hwee, berkata: “JV ini akan menyediakan sokongan penyelenggaraan pesawat yang menyeluruh dengan tahap kebolehpercayaan penghantaran yang tinggi dan khidmat kejuruteraan bermutu kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di TIA. 

“Ia akan mengukuhkan kedudukan SIAEC sebagai penyedia penyelenggaraan pesawat terkemuka sementara menawarkan khidmat penyelenggaraan bermutu tinggi dan cekap kepada pelanggan yang dihargai di lebih banyak lokasi di luar negara.”

SIAEC adalah penyedia utama khidmat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat. Ia buat masa kini mempunyai 22 JV dan anak syarikat di tujuh negara.

Pada satu taklimat media bagi pelancaran transformasi baru SIAEC, “Continuous Improvement Journey” (Perjalanan Penambahbaikan Berterusan), Encik Ng berkata industri penerbangan kini sedang pulih sepenuhnya, dan “JV SIAEC juga sedang mengalami pemulihan, dengan peningkatan dalam semua kegiatan”.

Harga saham SIAEC turun dua sen, atau 0.8 peratus, kepada $2.40 semasa sesi perdagangan pada 9.26 pagi Selasa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg