Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA Group jangka kapasiti penumpang capai 37 peratus kapasiti pra-Covid-19 jelang suku ketiga 2021/22

Oct 15, 2021 | 07:20 PM



SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA Group) menjangkakan kapasiti penumpangnya akan mencapai sekitar 37 peratus daripada paras kapasiti penumpang sewaktu tempoh pra-Covid-19 menjelang suku ketiga tahun kewangan 2021/22.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Jumaat (15 Oktober), SIA Group berkata jangkaan itu dibuat melihat pada jadual penerbangannya buat masa ini di samping urusan Laluan Perjalanan Buat Penumpang Yang Divaksin (VTL) yang akan diperluaskan ke sembilan lagi negara, sebagaimana diumumkan pada bulan ini (Oktober).



Sembilan negara itu adalah Canada, Denmark, Perancis, Italy, Belanda, Korea Selatan, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



"Langkah ini akan lebih menyokong pemulihan selamat dan beransur-ansur dalam perjalanan udara antarabangsa serta menerusi Singapura.



"Dengan bermulanya khidmat musiman ke Vancouver dan Seattle (mulai 2 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022, sambil menanti kebenaran pengaturan), serta khidmat VTL langsung Scoot ke Berlin (mulai 19 Oktober 2021, menanti kebenaran pengaturan), rangkaian VTL SIA Group akan memberi khidmatnya ke 17 kota.



Sebagai tambahan, SIA akan menambah khidmat trans-Pasifik dan trans-Atlantik dengan sambungan semula penerbangan Frankfurt-New York dan Hong Kong-San Francisco mulai awal November 2021.



SIA juga akan menyambung semula operasi pesawat A380 ke London mulai 18 November 2021. Scoot akan menyambung semula khidmat ke Phuket (8 Oktober 2021) dan Jeddah (21 Oktober 2021).



Pada 8 September 2021, Singapura melancarkan urusan VTL bersama Brunei dan Jerman, membolehkan perjalanan bebas kuarantin diberi kepada penumpang yang layak bagi kembara ke Singapura.



Langkah ini membawa pada tambahan kecil permintaan khidmat penerbangan khususnya ke Jerman pada September 2021. Kapasiti penumpang SIA Group (diukur mengikut 'seatkilometer') kekal mantap mengikut bandingan dari bulan ke bulan sekitar 32 peratus daripada tahap pra-Covid-19 pada September 2021.



Trafik penumpang bertambah sebanyak 4.4 peratus. Faktor tampungan penumpang secara berkumpulan (PLF) bagi bulan tersebut bertambah 1.3 peratusan mata mengikut perbandingan tahun ke tahun kepada 18.5 peratus, didorong permintaan yang lebih utuh ke Eropah dan kawasan kolektif Americas.



Dari segi perbandingan bulan ke bulan, PLF ini dipertingkat dengan 1.0 peratusan mata, dengan permintaan dipelopori Eropah yang menampakkan peningkatan positif bagi khidmat VTL Frankfurt dan Munich.



Operasi kargo mendaftarkan faktor tampungan kargo (CLF) bulanan sebanyak 87.4 peratus, merosot 1.6 peratusan mata berbanding tahun demi tahun memandangkan tampungan meningkat sebanyak 54.1 peratus di belakang peluasan kapasiti 56.9 peratus.



Laluan rantau Asia Timur, Americas dan Asia Barat serta Afrika merakam tambahan bandingan tahun demi tahun dalam CLF pada bulan berkenaan. Pada hujung September 2021, rangkaian penumpang SIA Group meliputi 65 destinasi termasuk Singapura.



Rangkaian penuh Singapore Airlines memberi khidmat ke 521 destinasi, selepas mengambil kira khidmat yang digantung buat sementara waktu ke Medan kerana penutupan lapangan terbang.



Scoot, pesawat subsidiari berkos rendah SIA, memberi khidmat ke 24 destinasi sehingga penghujung September. Khidmat ke Surabaya digantung buat sementara waktu kerana penutupan lapangan terbang manakala operasi ke Nanjing dan Asia Barat kekal digantung sampai pemberitahuan lanjut.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >