Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA kongsi kod bersama Philippine Airlines bagi tambah pilihan penerbangan

Nov 15, 2023 | 05:11 PM



Singapore Airlines (SIA) telah memulakan perkongsian kod bersama Philippine Airlines (PAL), menaikkan pilihan penerbangan antara Singapura dengan Filipina serta ke destinasi antarabangsa lain.

Perjanjian perkongsian kod itu akan bermula pada penerbangan SIA dan PAL antara Singapura dengan Manila menjelang suku keempat 2023, tertakluk pada kelulusan kawal selia, kata kedua-dua syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan bersama pada Rabu.

Perjanjian perkongsian kod membolehkan syarikat penerbangan menjual tempat duduk pada penerbangan masing-masing dan membahagikan sebahagian daripada hasil jualan, di samping memberi penumpang lebih banyak pilihan dalam membuat perjalanan.

Di bawah perjanjian itu, SIA akan juga berkongsi kod pada penerbangan PAL dari Manila ke 27 destinasi di Filipina, termasuk Cebu, Kalibo dan Puerto Princesa.

PAL akan berkongsi kod pada penerbangan SIA ke enam destinasi di Eropah – Copenhagen, Frankfurt, Milan, Paris, Rome dan Zurich.

Kededua syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa perkongsian kod sektor Eropah itu akan dilancarkan di saluran jualan PAL dan SIA serta ejen pelancongan, pada minggu-minggu mendatang.

Mereka juga akan meneroka memperluaskan perjanjian perkongsian kod itu untuk merangkumi penerbangan SIA ke beberapa bandar Eropah lagi serta destinasi di Australia, India, New Zealand dan Afrika Selatan.

SIA sudah mempunyai perjanjian bersama Malaysia Airlines (MAS) dan sedang mengusahakan perjanjian serupa bersama syarikat penerbangan lain, seperti Garuda Indonesia, Thai Airways International dan Vietnam Airlines, untuk mengembangkan jangkauannya melebihi populasi Singapura yang berjumlah kira-kira enam juta orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >