SPH Logo mobile
Langgan|

SIA tarik balik keputusan perkenalkan bayaran kad kredit bagi tiket penerbangan

SIA tarik balik keputusan perkenalkan bayaran kad kredit bagi tiket penerbangan

Jan 4, 2018 | 5:27 PM

SIA tarik balik keputusan perkenalkan bayaran kad kredit bagi tiket penerbangan

-

SINGAPORE Airlines (SIA) memutuskan tidak akan memperkenal bayaran kad kredit bagi tiket penerbangan dikeluarkan di Singapura selepas sehari menyatakan ia akan memperkenalkannya.

"Menyusuli semakan tambahan, SIA memutukan tidak akan meneruskan pelaksanaan bayaran khidmat kad kredit,'' ujar satu surat pekeliling yang diperolehi oleh The Straits Times.

Tidak ada sebab lain yang diberikan mengenai keputusan itu.

Pada 3 Januari lalu, SIA memberitahu ejen penjualannya mengenai rancangan mengenakan bayaran itu.

Ketika itu, ia menyatakan bermula dari 20 Januari, bayaran khidmat kad kredit sebanyak 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan akan dikenakan, tetapi dihadkan sebanyak $50, akan diperkenal bagi semua penerbangan yang berangkat dari Singapura.

Ia akan hanya dikenakan bagi penumpang yang membeli tiket mempunyai diskaun, Economy Lite.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg