Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Simpanan hingga $60,000 dibelanja bagi selamatkan niaga

Oct 10, 2021 | 5:30 AM
BANTU PERNIAGAAN ISTERI: Bagi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya yang masih bersekolah, Encik Oli membantu menguruskan gerai makanan isterinya yang terletak di Pasar Marine Terrace. - Foto ihsan OLI MOHAMED
BANTU PERNIAGAAN ISTERI: Bagi menyara kehidupan keluarga dan anak-anaknya yang masih bersekolah, Encik Oli membantu menguruskan gerai makanan isterinya yang terletak di Pasar Marine Terrace. - Foto ihsan OLI MOHAMED -

DALAM sehari, hanya dua atau tiga pelanggan yang datang ke kedai pengurup wang di pusat beli-belah West Mall.

Ada pelanggan warga Singapura yang ingin menukar wang asingnya ke dolar Singapura.

Ada pula pekerja Malaysia di Singapura yang menukar duit ke ringgit.

Begitulah keadaan perniagaan yang dihadapi pemilik Straits Foreign Exchange Encik Oli Mohamed sejak Covid-19 melanda.

Wang simpanan $50,000 hingga $60,000 sudah habis dibelanjakan bagi menampung perniagaannya.

"Jika keadaan ini berlarutan dari Jun tahun lalu, saya tidak tahu jika saya dapat terus tahan,'' kata Encik Oli, secara jujur.

Dengan sebahagian besar sempadan antarabangsa masih ditutup, firma pengurup sepertinya masih teruk terhempit dek keadaan.

Penjualannya sudah menjunam sebanyak 80-90 peratus.

"Penjualan yang saya dapat setiap bulan hanya dapat menampung 40 peratus kos sewa. Ini belum lagi termasuk gaji dan CPF pekerja dan kos lain. Sebanyak $50,000 hingga $60,000 simpanan saya sudah dibelanjakan bagi menampung kos-kos lain tetapi persoalannya, sampai bila ia akan berakhir? Simpanan saya semakin susut. Saya tak mungkin tahan lebih lama,'' ujarnya, yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan itu.

Pada mulanya, ingin sahaja beliau lepaskan lesennya itu sahaja.

Tetapi, beliau mula rasa optimis apabila lebih ramai orang telah pun divaksin dan keadaan endemik boleh dijangkakan.

Tetapi, dengan kes Covid-19 yang masih tinggi, beliau tidak tahu jika harapannya terlalu menggunung.

Buat masa ini, beliau turut membantu perniagaan isterinya, yang mengendalikan gerau makanan India, M.H. Abdul Majeed di Pasar Marine Terrace.

Sedikit sebanyak, perniagaan itu dapat menampung perbelanjaan pasangan itu yang mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg