Singapura dan Brunei meterai MOU bidang kewangan, penyiaran
Premium
Singapura dan Brunei meterai MOU bidang kewangan, penyiaran
Apr 23, 2014 | 6:00 AM
JALIN KERJASAMA: Dr Yaacob Ibrahim (kiri) bersama Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara), Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Yasmin Haji Umar (kanan), selepas menandatangani MOU bagi kerjasama dua hala. - Foto MCI -
PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi kerjasama dua hala dalam bidang pembangunan pasaran modal dan pembangunan keupayaan.
Mereka akan juga mengongsi amalan baik dalam pengurusan kewangan, operasi, sumber manusia (HR), teknologi maklumat (IT), penyeliaan bank dan pembayaran.

