Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Singapura kekal negara kedua paling berdaya saing

Sep 29, 2016 | 8:56 AM
Singapura dinilai terbaik di dunia dalam dua kategori - pendidikan tinggi dan latihan, dan kecekapan pasaran barangan - dan kedua terbaik dalam lima: institusi awam, prasarana, kesihatan dan pendidikan rendah, kecekapan pasaran buruh, dan pembangunan pasaran kewangan.
Singapura dinilai terbaik di dunia dalam dua kategori - pendidikan tinggi dan latihan, dan kecekapan pasaran barangan - dan kedua terbaik dalam lima: institusi awam, prasarana, kesihatan dan pendidikan rendah, kecekapan pasaran buruh, dan pembangunan pasaran kewangan. - GAMBAR BLOOMBERG

SINGAPURA dinamakan sebagai ekonomi kedua paling berdaya saing di dunia - enam tahun berturut-turut.

Ia menyusuli Switzerland, yang mendahului senarai tahunan susunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu lapan tahun berturut-turut.

Amerika Syarikat di tempat ketiga, manakala Belanda dan Jerman melengkapkan tempat lima teratas.

Setiap negara dinilai berdasarkan 12 kategori yang secara kolektif memberi gambaran menyeluruh daya saing.

Singapura dinilai terbaik di dunia dalam dua kategori - pendidikan tinggi dan latihan, dan kecekapan pasaran barangan - dan kedua terbaik dalam lima: institusi awam, prasarana, kesihatan dan pendidikan rendah, kecekapan pasaran buruh, dan pembangunan pasaran kewangan.

"Institusi awam Singapura telus dan sangat cekap. Prasarananya antara yang terbaik di dunia. Singapura mempunyai persekitaran makroekonomi stabil dengan kewangan awam sihat - belanjawan pemerintah dalam keadaan lebihan sejak 2010," kata WEF dalam laporannya.

Namun, ia berkata: "Singapura masih ketinggalan di belakang negara-negara terbaik dalam perkara paling canggih dalam daya saing, dengan kedudukan agak mengecewakan di tangga ke-19 dalam (kategori) kecanggihan perniagaan dan kesembilan dalam inovasi."

Singapura bukan satu-satunya ekonomi yang lemah dalam inovasi. WEF berkata "kemajuan dalam membina persekitaran yang menggalak inovasi kekal menjadi kelebihan hanya beberapa ekonomi", walaupun 'Revolusi Industri Keempat' sedang giat mara.

"Kejayaan cemerlang dalam teknologi seperti kecerdasan buatan, bioteknologi, robotik, Internet perkara dan percetakan 3D, sekadar memberi beberapa contoh, akan menyediakan peluang baru bagi pertumbuhan dan pembangunan pada masa akan datang tetapi juga boleh menimbulkan cabaran sosial penting," tambah WEF.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg