Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SingPost kembali raih untung $11.5j

Nov 2, 2023 | 2:44 PM
KEMBALI UNTUNG: Keuntungan bersih itu didorong oleh perbelanjaan lebih rendah, di samping kerugian lebih kecil bagi pembiayaan tertentu.
KEMBALI UNTUNG: Keuntungan bersih itu didorong oleh perbelanjaan lebih rendah, di samping kerugian lebih kecil bagi pembiayaan tertentu. - Foto ST

Kumpulan Singapore Post (SingPost) kembali meraih untung bersih sebanyak $11.5 juta bagi separuh pertama fiskal yang berakhir 30 September, berbanding kerugian bersih $9.9 juta pada 2022.

Prestasi lebih baik itu dicatatkan walaupun pendapatan syarikat itu merosot, lapor The Straits Times.

Keuntungan bersih itu didorong oleh perbelanjaan lebih rendah, di samping kerugian lebih kecil bagi pembiayaan tertentu.

Perniagaan logistik di Australia dan perniagaan rentas sempadan antarabangsa telah juga menambahkan pendapatannya, kata SingPost pada Khamis.

Syarikat penghantaran surat dan bungkusan itu mencatat kemerosotan pendapatan sebanyak 13.7 peratus tahun ke tahun daripada $958.9 juta kepada kepada $827.3 juta.

Kemerosotan itu sebahagian besarnya disebabkan “usaha menormalisasikan harga dan jumlah pengangkutan laut selepas pandemik, serta kesan tukaran mata wang asing”.

Ketua Eksekutif Kumpulan SingPost, Encik Vincent Phang, berkata: “Portfolio yang pelbagai dan kehadiran global kami, termasuk operasi kami yang diperluas di Australia, telah membolehkan kami menunjukkan daya tahan dalam iklim ekonomi global yang tidak menentu ketika ini, walaupun dengan pergerakan (nilai) mata wang yang buruk.”

Bagaimanapun, perniagaan pos tempatannya terus mengalami kerugian pada separuh pertama disebabkan jumlah pos yang berkurangan dan kos inflasi yang meningkat, khususnya dalam mengendali prasarana tetap seperti rangkaian pejabat pos.

SingPost menambah bahawa kenaikan harga pos biasa tempatan sebanyak 20 sen mulai 9 Oktober ini dijangka dapat memperbaiki perniagaan tempatannya pada separuh kedua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg