Singtel labur $20j setiap tahun, tubuh akademi untuk latih pekerja
Premium
Singtel labur $20j setiap tahun, tubuh akademi untuk latih pekerja
Aug 26, 2022 | 5:30 AM
"Dengan pembaharuan MOU CTC di bawah UTES dan Singtel, ia menegaskan lagi kepercayaan kita terhadap keberkesanan program CTC NTUC. Apabila pekerja boleh berkembang seiring dengan transformasi perniagaan, kita boleh memastikan bahawa perniagaan terus berkembang maju, dan pekerja boleh terus meraih gaji baik dan menikmati kebajikan dan prospek kerja yang lebih baik." - Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng. -
DALAM merancakkan usaha untuk membina tenaga kerja yang bersedia masa depan, Singtel mengumumkan ia akan melaburkan $20 juta setiap tahun dan mewujudkan akademi pembelajaran baru bagi mempertingkat usaha latihannya.
Komitmen tersebut diberikan menerusi penandatanganan memorandum persefahaman (MOU) bagi Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) bersama Kesatuan Pekerja Telekom Singapura (UTES).

