Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SkillsFuture akan pertingkat latihan digital; sokong pekerja, niaga lebih berisiko

Jul 04, 2023 | 07:15 PM



Usaha negara bagi membina budaya pembelajaran sepanjang hayat akan diluaskan dengan meningkatkan usaha latihan kemahiran digital serta memberi lebih tumpuan kepada golongan yang lebih memerlukan.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Selasa berkata SkillsFuture akan meluaskan lagi kemajuan yang telah dicapai sejak ia dilancar pada 2015 dan menyokong daya usaha mempertingkat kemahiran pekerja pada skala dan kepantasan seiring dunia yang pantas berkembang.

Encik Chan menyatakan demikian di Forum SkillsFuture di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Paya Lebar.

Acara itu, yang memberi tumpuan kepada usaha mempertingkat kemahiran digital bagi kemajuan perniagaan dan kerjaya, dianjur SkillsFuture Singapura (SSG) dengan disokong akhbar The Business Times dan SPH Media.


Encik Chan berkata lebih banyak usaha akan diperuntuk bagi menyelaras permintaan dan bekalan kemahiran dalam sebuah pasaran yang dinamik. Selain mengenal pasti kemahiran yang sepadan permintaan dalam pasaran, kemahiran itu juga perlu diterjemah dan diubahsuai untuk menyediakan kandungan latihan relevan, katanya.

“Pihak majikan pula perlu sedar tentang kemahiran dan kelayakan baru itu apabila mendapatkan pekerja baru,” katanya.

Satu kemahiran baru yang melihat permintaan tinggi di Singapura pada 2022 adalah penilaian tenaga penukaran suria, atau solar photovoltaic, katanya, sejajar usaha negara mencapai ekonomi yang lebih mampan.


Di Singapura, kemahiran digital seperti pembangunan produk dan pengurusan pengalaman pelanggan, analitik data besar dan kecerdasan buatan amali sedang menyaksikan kekurangan bekalan di semua sektor, kata Encik Chan.

“Ekosistem pembelajaran dan kemahiran kita perlu memberi respons dengan usaha meningkat kemahiran digital secara luas, agar kita dapat mencapai bekalan kemahiran berlebihan dan bukan satu defisit,” katanya.


Dalam pada itu, sektor pendidikan dan latihan orang dewasa sedang berusaha untuk menggunakan teknologi serta kaedah pembelajaran dalam talian dengan lebih baik agar latihan kemahiran lebih mudah diakses dan disampaikan tepat pada waktunya, kata Encik Chan.

Inisiatif Tempat Kerja Digital SkillsFuture – yang disediakan bagi membantu warga Singapura meraih kemahiran digital – akan memaparkan kandungan digital baru dalam empat bidang utama iaitu automasi, risiko keselamatan siber, analitik data dan alat digital yang permintaannya kian meningkat.

Encik Chan berkata pergerakan SkillsFuture juga akan meluaskan jangkauan kepada dua golongan tertentu yang lebih memerlukan dan berupaya menghadapi risiko ketinggalan dari segi kemahiran. Mereka adalah golongan pekerja di peringkat pertengahan kerjaya dalam lingkungan usia 40-an dan 50-an tahun serta syarikat kecil dan sederhana (SME).

Kumpulan pertama itu memerlukan bantuan dari segi melestarikan modal insan mereka, serta kelayakan mereka mendapat pekerjaan kerana mereka menghadapi risiko lebih tinggi, kemahiran mereka dianggap tidak relevan lagi dan lebih mudah diberhenti, katanya.

Pada 2022, hampir 2,500 pekerja matang telah menyertai program seperti Program Peralihan Kerjaya SkillsFuture (SCTP) SSG dan Program Penukaran Kerjaya, Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), yang menyokong penukaran pekerjaan di peringkat pertengahan ke sektor yang melihat peluang pekerjaan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >