Pengguna Berdaftar
Skim Bantuan Pekerjaan penyelamat pada waktu pandemik
Jan 2, 2021 | 5:30 AM
RAIH MANFAAT: Syarikat penyedia khidmat perkahwinan Muslim Delights antara yang meraih manfaat daripada Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) yang ditubuhkan pada Februari tahun lalu bagi membantu majikan membayar sebahagian daripada gaji bulanan pekerja. - Foto fail -
APABILA pandemik Covid-19 menimpa negara ini, pasaran pekerjaan tampak seperti menghadapi masa sangat buruk, tetapi satu inisiatif pemerintah yang diperhalusi beberapa kali sepanjang tahun lalu telah menjadi penyelamat.
Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) adalah program subsidi pendapatan yang ditubuhkan pada Februari tahun lalu bagi menolong majikan membayar sebahagian daripada gaji bulanan pekerja.

