SATU skim baru akan diperkenalkan bagi membantu perniagaan meneruskan usaha inovasi, khususnya di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi lebih perlahan dan kos tinggi.

Skim Inovasi Perusahaan akan membolehkan syarikat terima potongan cukai sebanyak 400 peratus atau $400,000 bagi lima kegiatan utama dalam inovasi, umum Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa membentangkan Belanjawan 2023 pada Selasa.