Topik diikuti
Pergi ke BHkuSkim diperluas galak lebih banyak firma inovatif
Skim diperluas galak lebih banyak firma inovatif
FIRMA teknologi baru setempat, Kronikare memainkan peranan penting dalam memperkenalkan idea baru di Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Dr Koh Poh Koon.
Bagi menggalak lebih banyak firma inovatif, Skim Ekuiti Startup SG akan dilanjutkan bagi menyokong firma dalam bidang farmaseutikal, bioteknologi, teknologi perubatan, perkilangan lanjut dan teknologi makanan tani.
