Topik diikuti
Pergi ke BHkuSkim Program Pelaksanaan Teknologi dipertingkat
Usaha bagi penuhi keperluan SME dalam sektor teknologi

ENCIK THARMAN SHANMUGARATNAM: Pemerintah akan bekerjasama dengan dewan dan persatuan dagangan. - Foto fail
Aug 18, 2016 | 5:30 AM
Skim Program Pelaksanaan Teknologi dipertingkat
SEBUAH skim pemerintah, Program Pelaksanaan Teknologi (TAP) yang membantu syarikat meningkatkan daya penghasilan melalui teknologi, akan dipertingkatkan supaya huraian teknologi itu dapat memenuhi keperluan syarikat kecil dan sederhana (SME).
Mengumumkan demikian semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, berkata skim itu akan diubah supaya ia lebih fokus terhadap sektor, memanfaatkan lebih banyak sumber teknologi dan mempercepatkan syarikat menggunakan teknologi.