SME dibantu laksana PayNow Corporate bagi permudah bayaran
Premium
SME dibantu laksana PayNow Corporate bagi permudah bayaran
Mar 20, 2021 | 5:30 AM
PERMUDAH BAYARAN: Pelanggan menggunakan PayNow di sebuah gerai makanan di Whampoa baru-baru ini. - Foto fail -
DALAM usaha mendapatkan lebih banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) melaksanakan pembayaran digital, penyedia khidmat pembayaran (PSP) yang mengendalikan urus niaga kad kredit bagi firma-firma akan disertakan dalam memproses urus niaga PayNow Corporate.
Bank Standard Chartered (StanChart) telah bekerjasama dengan firma pembayaran digital MC Payment bagi menawarkan peniaga dengan keupayaan menjana kod QR yang dinamik atau kod respons yang pantas bagi pembayaran mudah melalui PayNow Corporate, tanpa memerlukan sofwe tambahan atau terminal penjualan (PoS) yang baru.

