Topik diikuti
Pergi ke BHkuSME perlu lakar pelan tindakan bagi pastikan kesinambungan perniagaan

BERSEDIA HADAPI GANGGUAN KERJA: Encik Hameed dan rakan niaganya, Encik Neil Johnson, berkata firma mereka membenarkan pekerja bekerja dari rumah jika keadaan jerebu memburuk. - Foto ATIYYAH MOHD SAID
Oct 22, 2015 | 5:30 AM
SME perlu lakar pelan tindakan bagi pastikan kesinambungan perniagaan
MEMBENARKAN kakitangan bekerja dari rumah jika jerebu semakin buruk ialah pelan tindakan yang sedia dilaksanakan firma huraian sofwe pengisytiharan kastam, Tradenet Services Pte Ltd, bagi memastikan perniagaan berjalan lancar.
Ini antara contoh bagaimana syarikat kecil dan sederhana (SME) dapat mempersiapkan diri sekiranya berlaku gangguan dan risiko tidak diingini sebagai sebahagian daripada pengurusan kesinambungan perniagaan (BCM).