Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S&P turun penilaian kredit SingPost ekoran prospek lemah

May 24, 2023 | 03:15 PM



S&P Global Ratings telah menurunkan penilaian kredit bagi syarikat Singapore Post (SingPost) kepada “BBB” daripada “BBB+” kerana segmen perniagaan pos dan bungkusan kumpulan itu mungkin terus lemah lebih lama daripada yang dijangkakan sebelum ini.

Langkah itu dibuat lima bulan selepas agensi penilaian kredit itu menyemak semula ramalannya bagi penyedia perkhidmatan pos kepada “negatif” daripada “stabil”, memandangkan cabaran berstruktur yang meningkat terhadap segmen perniagaan itu dan pendapatan lemah yang dijangka berterusan.

S&P menyatakan dalam laporan terbarunya bahawa SingPost, melalui perniagaan FMH dan CouriersPleasenya, telah memberi lebih tumpuan kepada pasaran logistik Australia, yang dilihat sebagai lebih kompetitif berbanding dengan operasi pos tradisional SingPost.

Selain daripada berpecah, bahagian pasaran SingPost dalam sektor itu juga dilihat baru hendak berkembang, kerana FMH dan CouriersPlease tidak menguasai pasaran masing-masing.

Langkah mengalihkan tumpuan kepada pasaran logistik Australia ini telah memberi tekanan kepada profil kewangan kumpulan itu, dengan hutang kekal meningkat pada 3.1 kali ganda pendapatan sebelum faedah (Ebit), cukai, susut nilai dan pelunasan.

Ini mungkin hanya meningkat kepada nisbah kurang daripada tiga kali ganda pada tahun fiskal 2025, kata S&P.

Untuk kekal relevan dalam ruang pasaran yang berdaya saing itu, SingPost mungkin perlu melabur lebih lanjut tetapi dengan berbuat demikian, ia boleh meningkatkan bebanan hutangnya.

Tambahan pula, risiko pendedahan yang meningkat kepada segmen logistik mungkin menyebabkan syarikat itu menghadapi lebih banyak risiko pelaksanaan dan integrasi.

Namun demikian, S&P menarik perhatian bahawa cabang logistik pihak keempat FMH, Efm, telah menunjukkan prestasi yang baik dan merupakan antara pemain utama dalam pasaran logistik pihak keempat.

FMH juga mencatatkan pendapatan yang meningkat 16 peratus, daripada pelanggan yang ada dan kenaikan pendapatan 66 peratus daripada pelanggan baru dalam tahun kewangan 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >