Topik diikuti
Pergi ke BHkuSPH dapat tawaran dari konsortium Hotel Properties, hartawan Ong Beng Seng, Temasek dan Mapletree
SPH dapat tawaran dari konsortium Hotel Properties, hartawan Ong Beng Seng, Temasek dan Mapletree
SPH dapat tawaran dari konsortium Hotel Properties, hartawan Ong Beng Seng, Temasek dan Mapletree
SEBUAH konsortium melibatkan Hotel Properties, hartawan Ong Beng Seng, Temasek Holdings dan Mapletree telah membuat tawaran bagi membeli Singapore Press Holdings (SPH) pada harga $2.10 sesaham dalam bentuk tunai.
Dalam satu pengumuman Jumaat (29 Okt) sebelum pasaran dibuka, konsortium itu telah membuat tawaran kepada lembaga pengarah SPH pada Khamis bagi semua saham SPH.
Sebanyak 40 peratus perkongsian dalam konsortium dikenali sebagai Cuscaden Peak, itu dimiliki oleh anak syarikat HPL, Tiga Stars, 30 peratus dimiliki syarikat portfolio Temasek dan 30 peratus dimiliki syarikat Mapletree, yang juga entiti berkaitan Temasek.
Keppel Corp telah pun membuat tawaran bagi SPH, meliputi 66.8 sen sesaham serta 0.596 unit Keppel Reit dan 0.782 unit Reit SPH sesaham. Secara keseluruhan, jumlahnya mencapai $2.099 setiap saham SPH.