Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SPH jalani semakan strategik "pertimbang pilihan pelbagai urus niaga"

Mar 30, 2021 | 07:13 PM



KUMPULAN media Singapore Press Holdings (SPH) sedang menjalani satu semakan strategik bagi "mempertimbangkan pilihan bagi pelbagai perniagaannya".



Ini didedahkan pada Selasa (30 Mac) setelah pasaran ditutup.



"Sedang perniagaan media SPH terus berdepan dengan cabaran sekitaran dan pandangan operasi mencabar, pihak lembaga pengarah meyakini SPH akan terkurang nilai dan matlamat semakan strategik ini adalah untuk membuka dan memanfaatkan sepenunya nilai pemegang saham jangka panjang," kata SPH yang menerbitkan akhbar Berita Harian.



Ia juga menekankan tiada jaminan semakan ini akan membawa pada sebarang urus niaga mahupun perjanjian muktamad atau pengikatan dicapai. Credit Suisse (Singapore) telah dilantik sebagai penasihat kewangan bagi semakan ini.



Dalam pada itu, SPH juga menekankan bahawa pemilik saham harus akur bahawa di bawah Akta Suratkhabar dan Mesin Cetak, tiada individu akan - tanpa kebenaran Menteri Perhubungan dan Penerangan - menjadi pemegang saham sepadan SPH, atau terlibat dalam sebarang perjanjian dan urusan untuk bertindak dengan mana-mana individu berhubung dengan pemilikan, pegangan atau pelaksanaan hak berhubung dengan lebih daripada 5 peratus saham firma ini.



SPH melaporkan tambahan keuntungan operasi sebanyak 16.6 peratus kepada $119.8 juta serta tambahan untung bersih sebanyak 26.1 peratus kepada $97.9 juta pada separuh pertama tahun kewangan hingga 28 Februari 2021.



Saham SPH ditutup pada harga yang tidak berubah, $1.50, sebelum berita ini didedahkan pada Selasa.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >