Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spring S'pore akan mula prosiding undang-undang terhadap penjual kereta, SG Vehicles kerana amalan tidak adil

Dec 18, 2017 | 3:02 PM
Sebanyak 39 aduan mengenai SG Vehicles diterima tahun lalu, satu peningkatan berbanding 36 pada 2015. - Foto ST
Sebanyak 39 aduan mengenai SG Vehicles diterima tahun lalu, satu peningkatan berbanding 36 pada 2015. - Foto ST -

SPRING Singapore akan mengambil tindakan guaman terhadap syarikat penjual kereta, SG Vehicles, kerana menjalankan kegiatan tidak adil termasuk membuat tuntutan mengelirukan dan salah serta menjual produk yang mempunyai kerosakan.

Ia akan bermohon bagi mengeluarkan satu arahan terhadap syarikat itu di Mahkamah Tinggi pada Selesa ini.

Ini merupakan kali pertama Spring Singapore mengambil tindakan guaman di bawah Akta (Dagangan Adil) Perlindungan Pengguna.

Dalam kenyataannya, Spring berkata SG Vehicles perlu menghentikan amalan tidak adil dan mematuhi arahan jika ia dikeluarkan.

Satu siasatan rapi dilakukan terhadap para pengguna yang membuat aduan sebelum keputusan itu dibuat.

Isu itu dirujukkan kepada Spring Singapore oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) selepas SG Vehicles tidak menandatangani perjanjian pematuhan secara sukarela bagi menghentikan amalan tidak adil itu Julai lalu.

Sebanyak 39 aduan mengenai SG Vehicles diterima tahun lalu, satu peningkatan berbanding 36 pada 2015.

Akhbar The Straits Times (ST) menunjukkan bahawa aduan yang kerap diterima termasuk kelewatan dalam menyerahkan kenderaan, kegagalan yang kerap dalam membida Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) dan pembeli diminta membuat tambahan bayaran selepas perjanjian penjualan ditandatangani.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg