Premium
S'pura bandar keempat paling mahal di dunia
Paris, Zurich dan Hong Kong berkongsi tangga teratas dalam tinjauan The EIU
Nov 19, 2020 | 5:30 AM
TERJEJAS AKIBAT KESAN PANDEMIK: The EIU menyatakan bahawa kesan pandemik ke atas dolar Amerika merupakan faktor terbesar bagi penurunan Singapura ke tangga keempat kali ini selepas menduduki tangga pertama bersama dalam tinjauan yang diterbitkan tahun lalu. - Foto BH oleh KELVIN CHNG -
LONDON: Singapura dan Osaka jatuh daripada kedudukan tertinggi bersama mereka dalam senarai bandar-bandar paling mahal di dunia, setelah pandemik koronavirus melemahkan dolar Amerika Syarikat, menurut satu tinjauan yang diterbitkan semalam.
Mengambil tempat mereka ialah Paris, Zurich dan Hong Kong, menurut The Economist Intelligence Unit (The EIU) dalam laporan Kos Kehidupan Seluruh Dunia 2020.

