S'pura labur $2.7b dalam dana hijau kurangi risiko perubahan iklim
Premium
S'pura labur $2.7b dalam dana hijau kurangi risiko perubahan iklim
Nov 12, 2019 | 5:30 AM
KUNJUNGI PAMERAN: Encik Ong Ye Kung (kiri) mengunjung pameran di acara Pesta FinTech Singapura, yang juga sempena Minggu Inovasi dan Technologi Singapura (Switch), di Singapore Expo, semalam. - Foto BH oleh GIN TAY -
SINGAPURA akan melabur sebanyak AS$2 bilion ($2.7 bilion) dalam dana yang memberi tumpuan kepada isu kehijauan, sejajar dengan matlamat negara ini mahu menjadi pusat bagi kewangan kehijauan.
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menubuhkan Program Pelaburan Hijau (GIP) itu untuk membantu mempromosi projek yang mampan dari segi sekitaran serta mengurangkan risiko perubahan iklim di Singapura dan rantau ini.

