Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

S’pura, M’sia lancar kod QR rentas sempadan untuk pembayaran

Mar 31, 2023 | 09:25 PM



PENDUDUK Singapura dan Malaysia akan dapati lebih mudah untuk membuat pembayaran di negara masing-masing menyusuli pelancaran kesinambungan pembayaran kod QR merentas sempadan pada Jumaat.


Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan secara bersama bahawa pelanggan institusi-institusi kewangan yang menyertai akan dapat membayar produk dan perkhidmatan di kedai dengan mengimbas kad Nets fizikal dan kod QR Duitnow. 


Perniagaan dalam talian rentas sempadan bagi e-dagang juga akan menerima sokongan.

Sehingga Jumaat, institusi yang mengambil bahagian di Singapura ialah bank DBS, bank OCBC dan UOB.


Di Malaysia, pertubuhan yang mengambil bahagian ialah AmBank Malaysia, operasi e-dompet Boost, CIMB Bank, Hong Leong Bank, MayBank, Public Bank, Razer Merchant Services, TNG digital, dan UOB Malaysia.


“Dengan trafik sebelum pandemik antara kedua-dua negara pada purata 12 juta pelawat, hubungan pembayaran akan menyediakan pedagang dan pengguna dengan cara yang lebih lancar dan cekap untuk membuat serta menerima pembayaran,” kata satu kenyataan MAS-BNM.


MAS dan BNM menambah bahawa mereka merancang untuk melancarkan pemindahan dana individu ke individu merentas sempadan menjelang akhir tahun, membolehkan seseorang untuk memindahkan wang kepada orang lain menggunakan nombor telefon melalui PayNow dan Duitnow.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >