Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, New Zealand selesai rundingan dagang situasi Covid-19

Apr 15, 2020 | 2:04 PM
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT: Papan tanda di lebuh raya utama yang lengang di Wellington, New Zealand, menasihati pemandu agar berbudi bahasa dan berhati-hati sedang negara itu melaksanakan perintah berkurung selama empat minggu bagi membendung penularan koronavirus.
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT: Papan tanda di lebuh raya utama yang lengang di Wellington, New Zealand, menasihati pemandu agar berbudi bahasa dan berhati-hati sedang negara itu melaksanakan perintah berkurung selama empat minggu bagi membendung penularan koronavirus. - AFP

SINGAPURA dan New Zealand hari ini melaksanakan Perisytiharan Perdagangan bagi Keperluan Asas untuk Memerangi Pandemik Covid-19.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, bersama-sama Menteri Pertumbuhan Eksport New Zealand, Encik David Parker, mengumumkannya selepas rundingan dua hala untuk kerjasama dua negara itu berjaya dimuktamadkan

Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Perdagangan dan Perusahan (MTI), menukil Encik Chan sebagai berkata: "Pengisytiharan ini mengukuhkan lagi tindakan yang akan diambil Singapura dan New Zealand dalam memastikan laluan perdagangan terbuka bagi barangan asas di tengah-tengah sekitaran mencabar sekarang.

"Tujuan kami adalah untuk membolehkan penghasilan berterusan dan pengaliran bekalan asas ke tempat tujuan yang diinginkan. Kami berharap lebih banyak negara akan menandatangani perjanjian ini agar kita secara bersama dapat memberi respons secara berkesan dan cekap dalam keadaan Covid-19 ini. Saya menantikan penerimaan bekalan asas pertama dari New Zealand minggu depan di bawah perjanjian yang kita laksanakan."

Pengisytiharan ini memperkukuh Kenyataan Bersama Menteri bagi Hubungan Rantaian Bekalan yang asalnya dikeluarkan oleh New Zealand dan Singapura bulan lalu. Tujuh negara lain Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, Lao PDR, Myanmar dan Uruguay sejak itu telah mengikrarkan komitmen mereka terhadap Kenyataan Bersama Menteri bagi memastikan hubungan rantaian bekalan dapat terus dilaksanakan di tengah-tengah situasi Covid-19.

Menerusi perjanjian bersama ini, negara terlibat tidak akan mengenakan tarif dan halangan perdagangan lain termasuk sekatan eksport.

Singapura dan New Zealand berharap Pengisytiharan ini akan menonjolkan kesan positif dan meningkatkan usaha bagi memastikan perdagangan terus mengalir tanpa halangan bagi senarai bekalan asas.

Kata MTI lagi, kedua-dua negara akan bekerja rapat untuk mempercepat dan memudahkan pengaliran dan persinggahan produk-produk yang dibawa masuk menerusi pelabuhan dan lapangan terbang.

"Singapura dan New Zealand menikmati hubungan dua hala yang lama lagi mesra. Dengan tamatnya rundingan bagi Pengisytiharan ini, selain Kenyataan Bersama Menteri, adalah bukti kami mengongsi hasrat bagi melanjutkan usaha-usaha dalam mengekalkan perhubungan rantaian bekalan di tengah-tengah situasi Covid-19, dan menarik penyertaan lebih banyak rakan untuk bersama-sama melakukannya," menurut MTI dalam kenyataannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg