S'pura rancang import 30% tenaga dari sumber rendah karbon jelang 2035
Premium
S'pura rancang import 30% tenaga dari sumber rendah karbon jelang 2035
Bolehkan negara ini manfaat sumber tenaga angin dan hidrokuasa di negara lain
Oct 26, 2021 | 5:30 AM
SUMBER ANGIN: Langkah mengimport tenaga akan membolehkan Singapura memanfaatkan sumber seperti tenaga angin di negara lain. Gambar merakamkan ladang angin di Sulawesi Selatan, Indonesia. - Foto fail -
SINGAPURA merancang terus mengurangkan jejak karbon sektor bekalan kuasa dengan mengimport sekitar 30 peratus elektrik daripada sumber rendah karbon, termasuk loji tenaga boleh diperbaharui, menjelang 2035.
Langkah itu akan membolehkan negara ini, yang tidak mempunyai banyak pilihan tenaga boleh diperbaharui selain tenaga suria, memanfaatkan sumber tenaga angin dan hidrokuasa di negara lain.

