SINGAPURA kini menduduki tempat keempat dalam edisi terkini Senarai Kedudukan Daya Saing Digital Sedunia IMD - di belakang Denmark, Amerika Syarikat dan Sweden.
Pencapaian negara ini dipacu peningkatan dalam pengajian tinggi (peningkatan dalam nisbah pelajar-guru), kenaikan dalam bilangan kakitangan yang bekerja dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta peningkatan dalam peraturan yang sesuai bagi menarik bakat luar negara dan penyelidikan saintifik, kata Pusat Daya Saing Sedunia (WCC) yang mengeluarkan senarai itu semalam.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg