Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura turunkan ramalan dagangan 2023 selepas eksport suku pertama merosot

May 25, 2023 | 11:16 AM
JUMLAH DAGANG DIJANGKA TURUN: Singapura menjangkakan jumlah perdagangan barangan menurun sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus.
JUMLAH DAGANG DIJANGKA TURUN: Singapura menjangkakan jumlah perdagangan barangan menurun sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus. - Foto CMG

SINGAPURA mengurangkan unjuran pertumbuhan 2023 bagi eksport domestik bukan minyak utama (Nodx) dan jumlah perdagangan barangan, termasuk minyak, di tengah-tengah kemerosotan mendadak dalam sektor elektronik global yang telah menjejaskan pengilangan di ekonomi Asia.

Ini setelah kedua-dua Nodx dan jumlah perdagangan barangan adalah lebih teruk daripada jangkaan pada suku pertama.

Nodx susut sebanyak 16.2 peratus tahun ke tahun, melanjutkan penurunan 14 peratus pada suku keempat, lapor The Straits Times.

Sementara itu, jumlah dagangan barangan turun sebanyak 7.8 peratus, lebih teruk daripada penurunan 1 peratus sebelum ini.

Singapura kini menjangkakan Nodx menyusut sebanyak 8 peratus hingga 10 peratus dan jumlah perdagangan barangan menurun sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus, dipengaruhi penurunan pengilangan dan harga minyak lebih rendah.

Ini bertentangan dengan ramalan sebelum ini iaitu pertumbuhan -2 peratus hingga 0 peratus.

Eksport elektronik merosot bagi suku ketiga berturut-turut pada Januari hingga Mac, manakala eksport bukan elektronik menurun bagi suku kedua berturut-turut, kata Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Khamis.

Eksport domestik produk elektronik menguncup sebanyak 25.2 peratus pada suku pertama, meningkat daripada penurunan 15.9 peratus pada suku keempat.

Litar bersepadu, produk media cakera dan bahagian PC menyumbang kepada kebanyakan penurunan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg